23 January 2009

terima kasih tuhan..

Jam 9 pagi aku dah tercegat kat pintu masuk mahkamah tinggi di seremban.ada seminar keselamatan ict yang akan disampaikan oleh pengarah ict jksm en. rozman.seminar keselamatan ict ni dah sekali aku hadiri tapi takpalah sebab jabatan dah naikkan nama aku.aku akurlah.lagipun hari ni ada meeting jam 2.45 pm kang.meeting kelab kebajikan jabatan.so kena turun jugaklah ke seremban.ikut hati malas.banyak keja nak buat kat opis.tak pa esok cuti sampai selasa.bolehlah aku pulun kerja tertunggak aku tu.

seminar keselamatan abis jam 10.45 am.pas tu sempat jugak ke senawang.cek duit.balik ke hq bukak internet.tak da apa nak buat.cari rakan sekolah dulu katanya ada kat abim kuala lumpur.masuk website kbi(koperasi belia islam) amik no.phone.call.kata suara perempuan dalam phone dia dah resign.katanya baru balik mekah...dah pegi haji ke...????katanya kerja ngan takaful ikhlas kat sime darby,jln raja laut.rayau lagi.

lepas solat jumaat aku bukak takaful ikhlas website amik no.phone.call.kata suara jantan dalam phone tu dorang tak tau seksyen mana..aku lagi la tak tau...dah 20 tahun tak jumpa..mana aku tau...masyaAllah.dia minta tinggalkan no.phone aku.10 minit pas tu dorang call balik.bagi no.phone wife rakan aku tadi.katanya nombor phone rakan aku tu dorang tak ada.aku call lah...harap-harap dapat kali ni..dah puas aku cuba trace...

akhirnya dapat cakap ngan wife khalid.aku pastikan bahawa itu memang suami dia.ok.pas tu minta no.phone khalid.dia bagi....bismillahirrahman nirrahim....
"assalamualaikum...tuan.."
"walaikumusalam..sapa ni?"
"customer u la.."
"customer...sapa nama?
"mus'ab.."
"mus'ab..???"
"mus'ab...!!!"

...lama sungguh tak  jumpa rakan lama ni...20 tahun.akhirnya semua doa-doaku terjawab.kami berbual panjang.dan insyaAllah hujung bulan ni aku akan berjumpa dengannya.terima kasih..tuhan.

aku teringat si khalid ni bukan apa.aku ni jenis suka kepada benda2 misteri.tapi bukan pengamal ilmu misteri ok..aku suka tengok siri tv macam X-files,UFO something like that ler.so adala sekali pegi rumah khalid kat kampung Melayu Ampang (masa tu tahun 1988).aku tengok dia ada koleksi UFO..buat folio lagi.aku ingat tu khalid..hang jangan nak auta aku no.jadinya setiap kali surf internet aku akan cari cerita2 cam nih.jadi masa tu gak teringat kat member sorang nih..insyaAllah khalid kita jumpa nanti.

22 January 2009

Kelebihan Solat Tahajjud

“Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkugan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara ’sedar dengan lena’. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.

Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi

Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap yang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, ‘Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, ‘Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?’”

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. 
(SUrah Huud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpha.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.

وَبِاللَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?
Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa .

Sedikit Fakta diambil dari Avant'sBlog

Fakta dibawah dengan sendirinya ia menyatakannya secara jelas kecuali kita gagal ‘mendengarnya’.

Sebahagian isi diambil daripada ucapan Hafez A.B Mohamed, Pengarah Umum Al-Baraka Bank, Afrika Selatan.

Demografi

Populasi Yahudi Di Seluruh Dunia
• 7 juta di Amerika
• 5 juta di Asia
• 2 juta di eropah
• 0.1 juta di Afrika
Keseluruhan = 14.1 juta

Populasi Muslim Di Seluruh Dunia
• 1,000 juta di Asia
• 400 juta di Afrika
• 44 juta di Eropah
• 6 juta di Amerika
Keseluruhan = 1,500 juta

• Setiap 5 populasi manusia di muka bumi bermakna terdapat seorang Muslim (20%)
• Setiap orang Hindu Terdapat dua Muslim (1:2)
• Setiap orang Buddha Terdapat dua Muslim (1:2)
• Setiap orang Yahudi Terdapat 107 Muslim (1:107)
• 14 Juta Yahudi lebih berkuasa daripada keseluruhan 1,500 juta Muslim.
Mengapa?
Berikut adalah beberapa sebab

Sejarah Pendatang Yahudi
• Albert Einstein - Yahudi
• Sigmund Freud - Yahudi
• Karl Marx - Yahudi
• Paul Samuelson - Yahudi
• Milton Friedman - Yahudi

Penemuan Perubatan
• Vaccinating Needle - Benjamin Ruben - Yahudi
• Polio Vaccine - Jonas Salk - Yahudi
• Leukaemeia Drug - Gertrude elion - Yahudi
• Hepatitis B - Baruch Blumberg - Yahudi
• Syphilis Drug - Paul Ehrlich - Yahudi
• Neuro Muscular - Elie Metchnikoff - Yahudi
• Endocrinology - Andrew Schally - Yahudi
• Cognitive Therapy - Aaron Beck - Yahudi
• Contraceptive Pill - Gregory Pincus - Yahudi
• Understanding Of Human eye - G. Wald - Yahudi
• Embryology - Stanley Cohen - Yahudi
• Kidney Dialysis - Wilem Kloffcame - Yahudi

Pemenang Hadiah Nobel
Sejak 105 tahun lepas, 14 juta Yahudi telah memenangi 180 hadiah Nobel manakala 1,500 juta Muslim hanya menang 3 Anugerah Nobel yang kesemuanya warga Mesir.

Inovasi Yang Mengubah Sejarah
• Micro-Processing Chip - Stanley Mezor - Yahudi
• Nuclear Chain Reactor - Leo Sziland - Yahudi
• Optical Fibre Cable - Peter Schultz - Yahudi
• Traffic Lights - Charles Adler - Yahudi
• Stainless Steel - Benno Strauss - Yahudi
• Sound Movies - Isador Kisee - Yahudi
• Telephone Microphone - Emile Berliner - Yahudi
• Video Tape Recorder - Charles Ginsburg - Yahudi

Bisnes Global Berpengaruh
• Polo - Ralph Lauren - Yahudi
• Coca Cola - Yahudi
• Levi’s Jeans - Levi Strauss - Yahudi
• Starbuck’s - Howard Schultz - Yahudi
• Google - Sergey Brin - Yahudi
• Dell Computers - Michael Dell - Yahudi
• Oracle - Larry Ellison - Yahudi
• DKNY - Donna Karan - Yahudi
• Baskin & Robbins - Irv Robbins - Yahudi
• Dunkin Donuts - Bill Rosenberg - Yahudi

Ahli Politik / Intelek Berpengaruh
• Henry Kissinger -US Sec of State - Yahudi
• Richard Levin - President Of Yale University - Yahudi
• Alan Greenspan - US Federal Reserve - Yahudi
• Joseph Lieberman - - Yahudi
• Madeline Albright -US Sec Of State - Yahudi
• Casper Weinberger - US Sec of Defense - Yahudi
• Maxim Litvinov - USSR Foreign Minister - Yahudi
• David Marshal - Singapore Chief Minister - Yahudi
• Isaacs Isaacs - Gov-gen Australia - Yahudi
• Benjamin Disraeli - British Stateman - Yahudi
• Yevgeny Primakov - Russian PM - Yahudi
• Barry Goldwater - US Politician - Yahudi
• Jorge Sampaio - Portugal President - Yahudi
• Herb Gray - Canadian Deputy PM - Yahudi
• Pierre Mendes - French PM - Yahudi
• Michael Howard - British Home Sec. - Yahudi
• Bruno Kriesky - Austrian Chancellor - Yahudi
• Robert Rubin - US Sec of Treasury - Yahudi

Media Global Berpengaruh
• Wolf Blitzer - CNN - Yahudi
• Barbara Walters - ABC News - Yahudi
• Eugene Meyer - Washington Post - Yahudi
• Henry Grunwald - Time Magazine - Yahudi
• Katherine Graham - Washington Post - Yahudi
• Joseph Lelyeld - New York Times - Yahudi
• Max Frankel - New York Times - Yahudi

Philanthropists Global
• George Soros - Yahudi
• Walter Annenberg - Yahudi

Mengapa Mereka Sangat Berkuasa?

Jadi mengapa Muslim tidak berkuasa? Di sini ada beberapa sebab. Kita sudah ketinggalan dari segi kapasiti menghasilkan ilmu.

• Di seluruh Negara Islam (57 Negara) terdapat hanya lebih kurang 500 Universiti.
• Di US sahaja terdapat 5,758 Universiti.
• Di India sahaja terdapat 8,407 Universiti.
• Hanya ada beberapa Universiti dari Negara Islam yang mendapat Ranking 500 Universiti Terbaik Dunia.
• Literasi di Negara Kristian - 90%
• Literasi di Negara Islam - 40%
• 15 negara Majoriti Kristian mencatatkan Literasi 100%
• Tiada Negara Majoriti Muslim mencatatkan Literasi 100%
• 98% di Negara Majoriti Kristian berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah.
• Hanya 50% di Negara Islam berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah.
• 40% di Negara Majoriti Kristian Mendapat pendidikan Universiti.
• Di kalangan Muslim terdapat 230 Saintis per sejuta Muslim.
• Di US terdapat 5000 Saintis per Sejuta.
• Di Dunia Kristian terdapat 1000 Juruteknik per sejuta.
• Di seluruh Arab Hanya Terdapat 50 Juruteknik per sejuta.
• Negara Islam membelanjakan 0.2% untuk penyelidikan dan pembangunan daripada Keluaran Negara Kasar.
• Negara Kristian Membelanjakan 5% daripada Keluaran Negara Kasar untuk Penyelidikan dan Pembangunan.

Kesimpulan 1
Muslim kekurangan kapasiti untuk menjana ilmu pengetahuan. Jalan lain untuk menguji darjah pengetahuan ialah darjah menyebarkan pengetahuan.
• Pakistan Mempunyai 23 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya
• Singapore mempunyai 460 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya
• Di UK 2,000 tajuk buku per sejuta
• Di Mesir Hanya 17 tajuk buku per sejuta.

Kesimpulan 2
• Muslim gagal menyebarkan ilmu pengetahuan.
• Mengaplikasikan ilmu pengetahuan merupakan satu lagi Ujian
• Eksport produk berteknologi tinggi dari Pakistan ialah hanya 0.9% daripada keseluruhan eksport dan Arab Saudi 0.2% manakala Kuwait, Maghribi dan Algeria 0.3% sedangkan Singapore sahaja 68%.

Kesimpulan 3
• Muslim gagal mengaolikasikan ilmu pengetahuan.
• Apa Yang Perlu Disimpulakan?
• Tidak perlu dinyatakan kerana statistik dan Fakta di atas dengan jelas menyatakannya kecuali kita gagal mendengarnya.

Nasihat Saya
Sama-samalah memberi pendidikan kepada diri sendiri rakan, saudara jauh dan dekat serta anak-anak dan menggalakkan pendidikan. jangan berkompromi dalam soal ini dan jangan biarkan anak anda daripada tidak mendapat bimbingan dan galakan dalam pendidikan (dan tolong jangan gunakan kabel (networking), rakan untuk menaikkan anak anda dalam pendidikan demi kebaikan anak anda. Jika mereka gagal biarkan mereka belajar bagaimana untuk lulus. Jika mereka gagal lakukan sekarang, mereka akan dapat lakukannya nanti)

Kita adalah Populasi terbesar dunia dan terkuat dan apa yang perlu kita lakukan ialah mengenalpasti dan menerokai kekuatan kita. Kejayaan kita adalah ilmu Pengetahuan kita, kreativii kita, literasi kita dan tiada yang lain.

Tolonglah Wahai Muslim. Bangunlah… Masih tidak terlalu lambat.

20 January 2009

Lepas kursus..

Seminggu dua ni,sejak balik dari kursus pemahaman jenayah syariah tempoh hari kerja kat opis dah semakin bertambah.Minit mesyuarat staf belum buat,pengkelasan fail-fail mal dan jenayah syariah berusia 20 tahun belum buat,pelupusan harta modal (pc) belum buat,update kes-kes lama dah buat sikit-sikit.kalau nak senaraikan mau ada dalam 20 lebih asignment kena buat nih.

Lepas jer meeting pen.pendaftar jumaat lepas lagi satu beban kerja kena buat.Big boss minta hantar fail kes (pengesahan lafaz cerai) untuk semakan.Kerja lagi.Kalau ikutkan ,tension kerja macam nih....but its okay.Stress kerja memang ada tapi pengalaman berhadapan dengan situasi cam ni dah banyak kali dah.Tak kan nak tension lagi kot.rabbi yasir wa la tu a'sir .InsyaAllah.

Aku tensen tu bukan apa..dah plan baik nak mulakan satu kerja tu.Ada jer call masuk...ada jer client nak daftar kes."Ustaz lawyer nak date baru".."ustaz plaintif nak tangguh kes".Ustaz ,pemohon nak tanya kes...eeeeeeee..........ada jerla...MasyaAllah.! ya ustaz.al sabru nisful iman..!

Alhamdulillah.sebenarnya ruang-ruang mengumpul kebajikan tu banyak.Sepatah kata yang dapat menenangkan hati yang mendengar bukankah itu kebajikan dan amal kebaikan.Kadang-kadang aku sedih jugak.Client yang datang selalunya bermasalah.Aku tak mau seperti apa yang pernah terjadi dulu berlaku.Cuba jugak layan sebaik mungkin.Mana yang terkurang tu harap dimaafkan.aku faqir ilallah.Kadang-kadang tu buat silap jugak.

Beginilah indahnya menjadi muslim.Bila tensen ada saja tunjuk ajar dari Rasulullah SAW nabi agung kita macam mana nak handle.Bila selesai kerja ada saja doa memuji Allah.Sungguh-sungguh indahnya agama ini.Allahu Akbar !!!!

14 January 2009

Dhuha


Ya Allah, 

sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu,
 kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah,

 jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah 
dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

12 January 2009

Kursus

Hari ini aku pegi kursus kat Salak Tinggi.Beginilah kalau dah namanya kerja gomen.Kursus pulak memang berkaitan dengan bidang tugas.Kursus Pemahaman Jenayah Syariah.Ramai muka-muka baru nampaknya di samping ada seorang dua kenalan dari Jab.Kehakiman Syariah Pulau Pinang dan Pahang.Agak lama juga tak jumpa.Kursus sebegini barulah berpeluang jumpa.

08 January 2009

Wahai saudaraku....marilah berdoa untuk Palestine


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Air kencing anjing hitam.

Pada zaman Rasulullah SAW dulu ada sebuah keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri yang agak lanjut usia mereka.Tinggal di hujung desa.Mereka tidak dikurniakan anak.Bertahun-tahun sudah.Terasa kekosongan pondok mereka tanpa riuh rendah suara anak-anak.Alangkah sunyinya hidup begitu.

Lalu pada satu hari bertanyalah si suami kepada isteri tercintanya,"Sayang....mahukah kita bernazar.....?"sepi seketika,"kalau kali ini kita dikurniakan cahayamata...!"Si isteri yang tadinya sepi teruja bila perkataan cahayamata disebut.Memang itulah impian keluarga ini sejak dulu.Tidaklah lengkap sebuah rumah tanpa penghuninya.Dan tidaklah lengkap penghuninya jika tidak dinamakan keluarga.Dan tidaklah sempurna keluarga itu jika tiada si kecil penyeri rumahtangga.Itulah satu nikmat yang tidak pernah mereka rasakan sejak impian mereka membina istana dulu dikabulkan.

Namun kali ini mereka akan bernazar dengan nazar yang sedikit aneh.Nazar yang jauh menyimpang dengan syarak.Walaupun nazar itu harus hukumnya,namun akhirnya wajib dilaksanakan jika tertunai segala hajat yang dinazarkan.Ya, mereka bernazar dengan sesuatu yang bertentangan dengan kebiasaan adat mahupun agama.Mereka bernazar akan minum air kencing anjing hitam.

Tanpa banyak bicara si suami dan isterinya pun sepakat akan bernazar.Mereka akan tunaikan jika terlaksanalah cita di hati.Itu janji yang mereka kunci.

Takdir Allah berlaku juga,setelah sekian lama meniti waktu dan masa.Si isteri merasai kelainan dalam dirinya.Sesuatu yang tidak pernah berlaku malah aneh sungguh rasanya.Benar,si isteri telah berbadan dua.

Lahirlah benih cinta ke dunia.Dua hati yang amat merindu hadirnya sejak sekian lama.Lalu dijaga anak itu dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.Sehingga meningkat remaja.

Satu hari teringatlah si suami nazar yang pernah mereka lafazkan bersama satu ketika dulu.Didapatkannya isteri tersayang lalu mengingatkan kembali janji nazar dulu.Terkejut dan serba salah menyelubungi dua jiwa itu.Nazar tuntutan syarak yang mesti ditunaikan.
Setelah bersepakat dan menyiapkan kelengkapan untuk tujuan mencari benda itu,si suamipun keluarlah menyoroti setiap ekor anjing yang terdapat di setiap ceruk kampung.Telah lelah dan telah puas dicari akhirnya ketemu juga dengan seekor anjing yang hitam semua bulunya.Dinanti saat anjing itu kencing di atas pasir.

Akhirnya anjing hitam itu kencing juga di atas pasir dan dengan segera dihalaunya takut nanti air kencing anjing itu meresap jauh ke bumi.Dikaut pasir sehingga dapatlah dikumpul sesuku air kencing.Perasaan jijik tidak lagi dihiraukan setelah usaha mencari terlalu memenatkan.
Gembira, air itu pun dibawa pulang.Setelah sampai di rumah pada keesokannya merancanglah mereka berdua untuk minum air keji itu.Si suami suakan kepada isteri kerana perintah si suami mestilah ditaati.Kata isteri suamilah yang mulakan dulu kerana suami sebagai ketua keluarga.Begitulah berlakunya tolak menolak di antara mereka sehingga masing-masing buntu mencari penyelesaian.Hendak diminum belum sampai ke mulut baunya saja memualkan dan menusuk hidung.

Berkata suami kalau begini tidak ada kesudahannya ,biarlah perkara ini diadukan saja kepada Rasulullah.Berjumpalah si suami dengan Rasulullah.Setelah mendengar cerita perihal nazar dengan air kencing anjing hitam Rasulullah pun mengarahkan mereka pergi ke sebuah rumah di hujung desa itu yang dihuni oleh sebuah keluarga.Di sana tunggulah saat ketika hari hujan.Dan ketika hujan tadahlah air yang jatuh dari cucur atapnya dan ambillah untuk dibuat minum ganti kepada air kencing anjing itu.

Gembiralah si suami kerana masalah mereka telah diselesaikan oleh baginda.Tanpa memikirkan sebab musabab menggantikannya dengan air hujan dia pun kembali ke rumah.Ketika hujan rahmat Allah itu turun membasahi bumi, si suami pun bergegas ke rumah keluarga yang dimaksudkan dan melakukan apa yang diarah oleh Rasulullah.Mereka pun minum tanpa sedikitpun memikirkan hikmah di sebalik pesanan Rasulullah.

Namun si suami sebaliknya tertanya apakah amalan mereka itu diterima Allah.Kenapa Rasulullah menyuruh menggantikannya dengan air hujan yang turun menimpa atap rumah sebuah keluarga di kejiranan mereka.Setelah reda diapun kembali menemui Rasulullah dengan kemusykilan di hati yang belum terjawab.

Setelah mengadukan kekeliruan hatinya ,Rasulullah pun menjawab"Tahukah kamu mengapa aku menyuruh kamu menggantikan air kencing anjing yang najis itu dengan air suci yang turun dari langit.Yang menimpa rumah jiran kamu,...","Tidak ya Rasulullah..tapi mengapa?"

Dengan tenang Rasulullah menjawab,"Ahli keluarga rumah itu tidak pernah mendirikan solat.Maka mana-mana air hujan yang turun menimpa setiap rumah yang penghuninya tidak mendirikan solat maka setiap titis air yang melalui rumah orang yang tidak mendirikan solat itu samalah seperti air kencing anjing."

Fahamlah si suami mengapa Rasulullah menyuruh mereka menggantikan air kencing anjing hitam dengan air hujan yang lalu di atas cucur atap keluarga tadi.

Wallahua'lam.

07 January 2009

Secebis kisah

Entah apa sejak awal tahun baru 2009 ni kes isteri mohon fasakh semakin menjadi-jadi.Hari ni jer aku sebut 5 kes fasakh.Alasan lebih kurang sama.Suami tak bagi nafkah,hilang tah ke mana.Apa nak jadi la suami-suami sekarang.Amanah yang Allah berikan dia senang-senang gadaikan.Hisss....aku pun takut jugak.Aku ni suami orang.Na'uzubillah min dzalik.

Memang.Dunia ni penuh dengan ujian.Apa lagi yang dah faham dan istiqamah dalam amalan mengerjakan ibadah.Takut juga kalau hati asyik menyalahkan orang nanti Allah datangkan ujian yang sama kepada kita.Masa tu baru tau.InsyaAllah aku sentiasa bermohon semoga Allah memberiku hidayah dan kekuatan menepis segala bentuk ujian itu.

Bukan tidak pernah kulalui semua tu.Maklumlah berkerja di institusi kehakiman ni memang sentiasa berdepan dengan manusia yang bermasalah yang menunggu untuk melepaskan apa yang terbuku di hati.Sebagai "ustaz" dan pendengar kena juga dengar masalah.Bila dah mula bab mendengar masalah ni ada pulak yang dah mula meletakkan kepercayaan.Itu yang susah tu.Niat nak dengar masalah client untuk beri peluang mereka redakan apa yang membengkak di hati dan meremukkan jiwa.

Pengalaman begini buat aku berhati-hati supaya tak mudah bagi mereka mempercayai seseorang walaupun ustaz.Ya lah pada sapa lagi nak diceritakan kesedihan.Merekapun manusia ,mudah jugak jatuh hati kepada mereka yang bersimpati..not impaty...

Macam manapun niat kena betul lillahi ta'ala.

06 January 2009

Sahabat lama 1989



Semalam call akhi Suhairie,sahabat lama masa upper six kat Yayasan Anda Akademik tahun 1989 dulu.Sahabatku kini gigih berjuang dengan badan NGO.Dah sampai Kemboja,Selatan Thailand,Acheh (peristiwa Tsunami dulu) dan terbaru di Mindanao,Filipina.Menghulurkan bantuan.Membantu yang memerlukan.Sudah hampir 19 tahun tak jumpa sahabat ni.Sekarang beliau menetap di Seremban.Dah kawin ada 3 orang anak...

Beliau ni boleh aku ibaratkan al-fakir wal masakin.Jodohnya, sahabat dalam NGO yang tentukan.Kawin pun pada usia 29 tahun.Ketika kawin beliau cakap beliau tak da apa-apa nak disandarkan sebagai harta persediaan sebelum kawin.Ke mana-manapun naik bas.Tak mampu.
Tapi aku tabik la pada ustazah yang sudi nikah dengan sahabatku ini.Beliau sudi "mempersuamikan" sahabatku yang tidak punyai apa-apa di dunia ini.

Beliau pun cakap pada aku yang beliau tak sangka tercampak ke Negeri Sembilan ni.Tapi Allah dah hukumkan jodoh dan rezekinya di sini.Beliau terima.Nada suara dan gaya percakapannya masih macam dulu.Tawakaltu a'laAllah..masyaAllah.

Perbualan kami terhenti bila azan Isyak mula kedengaran.Beliau sekarang sibuk dengan program NGOnya.Lepas ni ada demonstrasi Palestin dan kutipan derma.Dua tiga hari lagi nak ke Trengganu...

Kekadang aku terfikir...entah kenapa...sejak sebulan dua ni aku berjaya hubungi rakan-rakan dan sahabat lama.



04 January 2009

Teman lama

Semalam aku dan zaujah balik ke kampungku.Terima sms dari adik kata ibu sakit perut.Rupanya ibuku sakit sebab makan ulam pucuk betik cicah sambal belacan.Adikku dah bawak pegi jumpa doktor.Keracunan sebab belacan tu mungkin dah expired.Aku kata pada ibu nak bawak dia ke rumahku sementara cuti sekolah masih ada.Senang nak tengok kalau-kalau ada lagi jangkitan kuman boleh hantar hospital.Kampung jauh lagipun adik beradik tak da yang tinggal dengan ibu masing-masing dah kahwin duk ngan suami la..

Balik ke rumah aku sempat call Din,rakan lama masa kecik-kecik dulu.Din kerja kat JKR Jempol.Aku minta nombor handset Joharin,seorang lagi kawan lama masa budak-budak dulu.Arin tu dulu kerja warden penjara Seremban pas tu tukar minta BPR.Terus ditukarkan ke Sabah.Aku dengar cerita dari Din ,Arin dah balik ke Semenanjung dan tinggal di Sungai Petani,Kedah.Dapat nombor enset Arin aku terus call dia...wah bukan main riang dapat bercakap dengan kawan lama.

Arin dapat anak 4 orang seorang meninggal dunia masa di Sabah.Arin dan Din sebenarnya ada bau-bau bacang denganku sebelah bapaku.

02 January 2009

kerja hari ni..

Hari ini selesai satu kes cerai.Kesian.Usia si suami sebaya denganku 42 tahun.Aku tengok suami ok jer tapi murung sikit.Isteri pulak setuju dengan tuntutan suami untuk bercerai.katanya tiada persefahaman.Entahlah,mungkin jodoh mereka dah sampai ke penghujung.Apa pun mereka diberi kebenaran untuk memohon maaf dan bersalam sebelum bercerai.Kira kosong-kosonglah.Moga-moga sama-sama ikhlas.InsyaAllah.Suaminya bertanggungjawab kerana mahu membayar nafkah anak dan eddah isteri.Alhamdulillah...

Kes wali hakim pulak selesai jugak.Setelah hampir sebulan bicara selesai akhirnya puncanya kerana wali ghaib.Makan masa skit la..nak buat macam mana.Kena iklan dulu.Tapi syuklurlah dah selesai.

faraid ni memang sulit skit.Ada waris berlapis-lapis.pulak tu yang pemohon takda otoriti atau bahasa mahkamahnya locus standi.ambik masa skit la...

alhamdulillah...hari ini kerja kira ok.lepas bawak kes tadi aku bergegas ke pentadbiran buat kewangan.hari ni last day kena serah penyata kewangan ke bendahari...semua kena rush.adoyai..macam nilah...kerjaku cukup bulan memang sibuk skit.zaujah asyik sms tanya nak makan apa..aku kata hentam saja..apa bini masak aku makan...aku tak memilih...

01 January 2009

kerja..kerja..kerja

Semalam adalah kerja,esok bakal pula tiba kerja yang baru.Tapi semua kerjaku adalah sama,hanya berbeza aku bertemu dengan client yang baru masalah yang sama.Kadang tu client yang sama masalah yang sama.Macam-macam.Tapi kerja tetap kena buat.Bukan setakat kerja mengadap client malah kerja melibatkan pentadbiran pejabat dan jabatan pun kena ambil kira jugak.

Ada masa mengadap pc,ada jugak kena mengadap client.Allah telah kurniakan aku sifat sabar dan aku perlu juga belajar bersabar.Client bukan sebarangan.Karenah pun macam-macam.Apa nak buat ini bidang yang kupilih.Rasa puas jugak bila kes-kes client di opis ni selesai.