28 April 2009

The Kingdom of Heaven

Pada malam Sabtu yang lalu,aku berkesempatan menonton filem Inggeris bertajuk "The Kingdom of Heaven" lakonan Orlando Bloom.Mengenai sejarah Palestin pada zaman penaklukan Tentera Salib.Tokoh pahlawan Islam pada ketika itu Sallahuddin al-Ayubi paling memikat kerana sejarahnya yang pernah aku baca dulu.Di sini aku masukkan kisah mengenai tokoh pahlawan Islam tersebut.

Baru-baru ini, industri filem barat telah berjaya memaparkan sebuah filem
bertajuk "The Kingdom of Heaven" lakonan Orlando Bloom. Sekalipun telah
mendapat kritikan dahsyat daripada sebahagian besar masyarakat barat, filem
yang telah berjaya di peringkat "Box Office" ini merupakan satu-satunya filem
yang telah mengimbangi kedudukan Islam di tengah-tengah konflik Israel-Palestin
dan kekeliruan di kalangan masyarakat antarabangsa mengenai Islam.

Filem tersebut juga telah membuat generasi muda Melayu terpegun dengan kehebatan
dan kemulian Salahuddin Al-Ayubi sebagai salah seorang tokoh Kebangkitan Islam.

Salahuddin Sebagai Tokoh Katalis Kebangkitan Islam

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdis biasa. Pendidikannya
juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan
mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir
dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurdis ini suatu hari nanti akan
merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan
tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh
dalam memerangi kekufuran hingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai
anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi
tidak menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa
depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada
zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk
menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan
Aleppo , ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah
oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin
Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat
berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa
ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234

Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah: 216)

Pertukaran Hidup Salahuddin Al-Ayubi

Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah
telah mempertanggung- jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak
mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah
menuliskan dalam catatannya bahwa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi
pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya.
Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan
dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234) .

Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara
hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang
lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih
corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan
seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang
cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam.

Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku
yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia memenangkan
perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan
jihad.


Semangat Jihad Salahuddin Al-Ayubi

Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin
telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad
menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang
paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat
pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.

Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan
sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah
perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang
menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang
memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan
tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan
perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak
tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung
medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya
benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh
pelusuk tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit
membela Islam.

Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor
peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu
perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)

...bersambung

01 April 2009

Petua...Dr Fadhilah Kamsah

Dr. fadhilat Kamsah


Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan...
dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen...
tapi taklah everytime....
secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...



Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan....

either belen makanan mak atau abah...
tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan...
kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain...
samada kami perasan atau tidak....

so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...



Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri...
arwah tok perempuan kami lah sebelah abah...
mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...
dan saya sendiri akui kesannya....
makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..
jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok...
jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak...
samalah ceritanya ..dan mak kata jugak,
pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,
dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik...
dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka...
solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib..
kalau ada lebih dari sorang anak, suruh sorang azan dan sorang Qiam...
kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat...
ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang...

saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,
inilah yang paling paling paling berkesan sekali...
tak caya try buat... solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib....
dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar ' rahsia ' dan peranan dapur rupa-rupanya...
dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.



"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari;
tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".