31 July 2009

Kembalinya hamba Allah...

Awal pagi Jumaat aku ke Bahau kerana urusan peribadi. Oleh kerana waktu masuk pejabat aku bermula 8.30 pagi jadi ada masa untuk ke Bahau pagi-pagi ni. Suasana agak tenang. Matahari bersinar cerah. Lapang dada tidak seperti selalu, merungut jalan dengan hadirnya lori-lori getah dan sawit awal-awal begini.

Sekembali dari Bahau aku terima panggilan dari Norlizah, Pen.Pendaftar Kuala Pilah. Bertanyakan samada ada mendengar sebarang berita pagi ini. Cara pertanyaannya sebegitu membuat aku tidak selesa mendengar butiran dialog seterusnya. Namun ku tabah jua kerana aku tahu ada suatu berita sedih yang ingin disampaikannya. Ya...perginya Kak Esah  pada awal pagi Jumaat yang barakah untuk selama-lamanya. Setelah menghidapi kanser payudara untuk sekian lama.

Perginya seorang rakan yang pada ku boleh dianggap kakak (beza cuma setahun usia). Kak Esah pada mataku seorang yang ceria. Sukar menunjukkan kemarahan. Aku suka bergurau dengannya kalau sesekali berjumpa kerana dengan Kak Esah aku tidak kekok. Ini berbeza dengan rakan perempuan sejawatan yang lain. Tapi jarak tempat aku bertugas menjadikan kami jarang berjumpa. Apalagi sejak Kak Esah bercuti sakit.

Kali terakhir ketika berziarah Kak Esah di Hospital Besar Seremban. Wajah yang ceria itu sudah lesu dan tidak bermaya. Betapa sakitnya menanggung ujian dan dugaan. Hanya Allah saja yang tahu. Sudah lama sebenarnya Kak Esah menanggung derita itu namun di kalangan rakan disembunyikannya.

Akhirnya pagi Jumaat 31/7/2009 bersamaan 9 Syaaban 1430 H Kak Esah menghembuskan nafas yang terakhir. Selepas menghantar kereta aku yang buat hal sejak seminggu lalu di woksyop Bahau, aku mengajak Tuan Zarul terus ke Kg.Bemban, Mambau, Seremban. Aku tiba di Masjid Kg.Bemban ketika khatib membaca khutbah. Selepas usai solat fardhu Jumaat aku bersama rakan-rakan jabatan Kehakiman Syariah N.Sembilan dan Jab.Agama Islam N.Sembilan yang sempat hadir berdiri hormat dan solat jenazah.

Tinggalah kenangan itu bersama-sama rakan-rakan yang rapat. Walaupun aku hanya mengenali hanya ketika bertugas di jabatan ini tapi aku tahu Kak Esah punyai perwatakan yang disenangi rakan taulan yang lain. Aku tidak berkesempatan melihat jenazah dikebumikan kerana aku harus segera pulang ke pejabat. (Boss bercuti...)

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama makhlukMu yang soleh.....

Kg.Bemban, Seremban.

17 July 2009

jika itu datang dari batin mu..menangislah

14 July 2009

Kursus Teknik Pendakwaan





Kursus Teknik Pendakwaan Jenayah Mahkamah Syariah N.Sembilan di Hotel Seri Malaysia bermula daripada 10/7/2009 hingga 12/7/2009.