08 July 2010

Kenali Rasulullah SAW

Biodata Nabi Muhamad SAW
Jantina : lelaki
Tarikh Lahir :Isnin 12 Rabiulawal Tahun Ke 53 Sebelum Hijrah/570 Masihi
Tempat Lahir: Makkah Al-Mukarramah
Tanda istimewa: Cop Kenabian di antara dua bahu
Agama: Penghulu Agama Islam

Biografi Rasulullah SAW
Nama : Muhammad bin Abdullah
Bapa : Abdullah bin Abd Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah
Ibu: Aminah binti Wahab bin Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Nenek sebelah bapa: Fatimah binti Umar al-Makhzumiyah.
Nenek sebelah ibu: Burrah binti Abd Uzza bin Usman bin Abd Dar bin Qusay bin Murrah
Tarikh diangkat menjadi nabi: 27 Ramadhan tahun ke 13 sebelum hijrah/609 Masihi,di gua Hira’,Makkah al-Mukarramah.
Pekrjaan: penggembala kambing,kemudian berniaga hingga berumur 40 tahun,selepas itu bertugas secara rasmi sebagai nabi/rasul.menyampaikan risalah Allah

Sifat-sifat:

Wajah :putih bersih berseri/bercahaya
Mata:hitam
Rambut hitam ikal mayang
Ketinggian: sederhana dan bidang
Nama bidan: Shifa’ binti Auf (Ummu Abd Rahman)
Nama penjaga: Ummu Aiman
Nama ibu susu: 1.Tsuwaibah al Aslamiyah
2.Halimah binti Dzuaib as-Sa’diyah

Saudara sesusuan:
Daripada Tsuwaibah

Abdullah bin Jahay,Hamzah bin Abdul Mutalib,Abi Salamah bin Abdul Asad,Masruh bin Tsuwaibah.

Daripada Halimah

Abdullah bin al-Harith,Anisah binti al-Harith,Huzaifah bin al-Harith

Warna kegemaran:hijau dan putih

Isteri:

Khadijah binti Khuwailid r.h
Saudah binti Zam’ah r.h.
Aisyah binti Abu Bakar r.h.
Hafsah binti Umar r.h
Zainab binti Khuzaimah r.h
Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah r.h
Zainab binti Jahsy r.h
Juwairiyyah binti al-Harith r.h
Safiyyah binti Huyai r.h
Umu Habibah Ramlah binti Abu Suffiyan r.h
Maimunah binti al-Harith r.h
Mariah al-Qibtiyyah binti Syam’un r.h

Anak-anak:
Al-Qosim r.a,
Abdullah r.a,
Ibrahim .a
Zainab r.h
Ruqayyah r.h
Ummu Kalthum r.h
Fatimah r.h

cucu-cucu:

Ali r.a
Abdullah r.a
al-Hassan r.a
al-Hussin r.a
Yahya r.a
Muhammad r.a
umamah r.a
ummu kalthum r.h
zainab r.h
ruqayyah r.h

haiwan kesayangan nabi

rasullulah saw mempunyai 4 ekor kaldai,20 ekor unta dan 20 ekor kuda
baghal/keldai kesayangan baginda bernama duldul
unta kesayangan baginda bernama atba
manakala kuda kesayangan baginda bernama ya’afur

sifat-sifat wajib dan sifat mustahil rasulullah saw

sifat wajib
siddiq (benar)
amanah( dipercayai)
tabligh( menyampaikan)
fathanah (bijaksana)

sifat mustahil
kizib (berdusta)
khianat ( berbuat curang)
kitman( menyembunyikan wahyu)
jahlun (bodoh/jahil)

sifat jaiz

memiliki sifat seperti manusia umumnya.

25 June 2010

kepada Mu kekasih..

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

25 February 2010

'Ajibtu (Aku Hairan)


Patutkah kita masih lalai sedangkan hari-hari berlalu
kita masih bermain-main sedangkan maut itu bukan mainan
aku hairan kepada mereka yang masih leka itu
aku hairan sedangkan tiada apa yang patut aku hairankan

Adakah seseorang itu terus leka dan bermain2
sedangkan ia akan mati dan rumahnya akan runtuh
kita melihat apa yang telah kita kerjakan,selalunya
tewas kepada setiap keseronokan

Kita melihat malam dan siang selalu menyibukkan kita
dan aku tidak tahu yang mana satu yang patut aku pilih
dan setiap waktu itu ada tempoh yang perlu
dan kepada semuanya itu ada akibat yang dicatat

Firman Allah:

Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan … (Surah Al-Hadid ayat 20)

Sewaktu di dalam jemaah Al-Arqam aku minat sangat lagu berbahasa Arab ini.Melodinya mendayu walaupun maknanya tidak difahami.Tetapi lama-kelamaan dapat juga aku memahami maksudnya.Sungguh tinggi nilai sajak bahasa Arab ini jika hendak dihuraikan dalam bahasa Melayu


Rasulullah merindui ummatnya....

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah. "Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.

Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

................

Sejauh mana kita merindui dan mengasihani baginda nabi S.A.W? Mari lah kita sama2 bermuhasabah diri. Mudah2an kedatangan 12 Rabi'ulawal ini memberi pengajaran bermakna kepada kita akan kisah2 perjuangan insan termulia, Nabi Muhammad S.A.W.

Salam maulidurasul untuk kalian semua.

POSTED BY MOHAMADAZHAN HJDESA

08 January 2010

Allah...tidak ada satupun yang sebanding denganNya

Lewat semalam aku berbaring sambil menatap siling.Membuka kembali helaian kenangan di mana suatu ketika dulu aku takut menyebut nama Tuhan,Allah SWT.Ketika itu aku masih lagi remaja dan belum bergelar Muslim.Entah apa yang aku fikirkan mengenai Allah,Maha Hebat,Perkasa..dan Maha Esa.Aku tidak mahu menyebut nama Allah sembarangan.Walaupun jauh di sudut hati amat teruja dengan nama itu.Lidah kelu namun hati berdenyut membesarkan namaMu yang satu.

Sehingga aku bergelar Muslim nama Allah yang sudah terpateri dalam diri masih juga kusimpan seperti barang berharga.Bimbang seperti butiran mutiara di mulut akan terlepas tika ucapan dan bualan bersama taulan.Ilmu yang kuhadamkan mengenali nama itu melalui Risalah Tauhid..sifat 20 yang lazim aku bertalaqqi bersama guru menyinarkan alam kelam jahilku tentang Allah suatu ketika dulu.Nama itu sungguh indah dengan cantuman sifat-sifat Maha Agung..Maha Esa.

Katakan Dialah Allah yang Esa(tunggal)...Allah tempat bergantung sekelian makhluk...Tiada beranak dan tidak diperanakkan...Dan tidak satu pun yang sebanding dengan Nya.Betapa indah bila terjemahan jawinya kufahami.Dia ,Allah tidak ada permulaan..dan tidak akan ada akhirnya.Sesuatu yang tidak terjangkau akal makhlukMu ini.Bagiku Allah SWT,Tuhan menurut agama yang Maha suci ini terlalu ideal,sempurna.Tidak ada hujjah yang dapat menyanggah konsep ketuhanan.Maha Suci dari apa yang mereka sangkakan.

Kita muncul pula di bumi bertuah ini Liberalisme yang mendokong kesamaan ketuhanan.Dengan iman aku menolak.Dan atas nama imanku..aku bermohon nama Mu yang suci tidak akan menjadi mainan sebagaimana aku takut menyebutnya suatu ketika dulu.