08 January 2010

Allah...tidak ada satupun yang sebanding denganNya

Lewat semalam aku berbaring sambil menatap siling.Membuka kembali helaian kenangan di mana suatu ketika dulu aku takut menyebut nama Tuhan,Allah SWT.Ketika itu aku masih lagi remaja dan belum bergelar Muslim.Entah apa yang aku fikirkan mengenai Allah,Maha Hebat,Perkasa..dan Maha Esa.Aku tidak mahu menyebut nama Allah sembarangan.Walaupun jauh di sudut hati amat teruja dengan nama itu.Lidah kelu namun hati berdenyut membesarkan namaMu yang satu.

Sehingga aku bergelar Muslim nama Allah yang sudah terpateri dalam diri masih juga kusimpan seperti barang berharga.Bimbang seperti butiran mutiara di mulut akan terlepas tika ucapan dan bualan bersama taulan.Ilmu yang kuhadamkan mengenali nama itu melalui Risalah Tauhid..sifat 20 yang lazim aku bertalaqqi bersama guru menyinarkan alam kelam jahilku tentang Allah suatu ketika dulu.Nama itu sungguh indah dengan cantuman sifat-sifat Maha Agung..Maha Esa.

Katakan Dialah Allah yang Esa(tunggal)...Allah tempat bergantung sekelian makhluk...Tiada beranak dan tidak diperanakkan...Dan tidak satu pun yang sebanding dengan Nya.Betapa indah bila terjemahan jawinya kufahami.Dia ,Allah tidak ada permulaan..dan tidak akan ada akhirnya.Sesuatu yang tidak terjangkau akal makhlukMu ini.Bagiku Allah SWT,Tuhan menurut agama yang Maha suci ini terlalu ideal,sempurna.Tidak ada hujjah yang dapat menyanggah konsep ketuhanan.Maha Suci dari apa yang mereka sangkakan.

Kita muncul pula di bumi bertuah ini Liberalisme yang mendokong kesamaan ketuhanan.Dengan iman aku menolak.Dan atas nama imanku..aku bermohon nama Mu yang suci tidak akan menjadi mainan sebagaimana aku takut menyebutnya suatu ketika dulu.


11 December 2009

Teruskan Perjalanan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

13 August 2009

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

ni kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

31 July 2009

Kembalinya hamba Allah...

Awal pagi Jumaat aku ke Bahau kerana urusan peribadi. Oleh kerana waktu masuk pejabat aku bermula 8.30 pagi jadi ada masa untuk ke Bahau pagi-pagi ni. Suasana agak tenang. Matahari bersinar cerah. Lapang dada tidak seperti selalu, merungut jalan dengan hadirnya lori-lori getah dan sawit awal-awal begini.

Sekembali dari Bahau aku terima panggilan dari Norlizah, Pen.Pendaftar Kuala Pilah. Bertanyakan samada ada mendengar sebarang berita pagi ini. Cara pertanyaannya sebegitu membuat aku tidak selesa mendengar butiran dialog seterusnya. Namun ku tabah jua kerana aku tahu ada suatu berita sedih yang ingin disampaikannya. Ya...perginya Kak Esah  pada awal pagi Jumaat yang barakah untuk selama-lamanya. Setelah menghidapi kanser payudara untuk sekian lama.

Perginya seorang rakan yang pada ku boleh dianggap kakak (beza cuma setahun usia). Kak Esah pada mataku seorang yang ceria. Sukar menunjukkan kemarahan. Aku suka bergurau dengannya kalau sesekali berjumpa kerana dengan Kak Esah aku tidak kekok. Ini berbeza dengan rakan perempuan sejawatan yang lain. Tapi jarak tempat aku bertugas menjadikan kami jarang berjumpa. Apalagi sejak Kak Esah bercuti sakit.

Kali terakhir ketika berziarah Kak Esah di Hospital Besar Seremban. Wajah yang ceria itu sudah lesu dan tidak bermaya. Betapa sakitnya menanggung ujian dan dugaan. Hanya Allah saja yang tahu. Sudah lama sebenarnya Kak Esah menanggung derita itu namun di kalangan rakan disembunyikannya.

Akhirnya pagi Jumaat 31/7/2009 bersamaan 9 Syaaban 1430 H Kak Esah menghembuskan nafas yang terakhir. Selepas menghantar kereta aku yang buat hal sejak seminggu lalu di woksyop Bahau, aku mengajak Tuan Zarul terus ke Kg.Bemban, Mambau, Seremban. Aku tiba di Masjid Kg.Bemban ketika khatib membaca khutbah. Selepas usai solat fardhu Jumaat aku bersama rakan-rakan jabatan Kehakiman Syariah N.Sembilan dan Jab.Agama Islam N.Sembilan yang sempat hadir berdiri hormat dan solat jenazah.

Tinggalah kenangan itu bersama-sama rakan-rakan yang rapat. Walaupun aku hanya mengenali hanya ketika bertugas di jabatan ini tapi aku tahu Kak Esah punyai perwatakan yang disenangi rakan taulan yang lain. Aku tidak berkesempatan melihat jenazah dikebumikan kerana aku harus segera pulang ke pejabat. (Boss bercuti...)

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama makhlukMu yang soleh.....

Kg.Bemban, Seremban.

14 July 2009

Kursus Teknik Pendakwaan





Kursus Teknik Pendakwaan Jenayah Mahkamah Syariah N.Sembilan di Hotel Seri Malaysia bermula daripada 10/7/2009 hingga 12/7/2009.