23 February 2009

Siapakah...?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil
berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


01 February 2009

Jumpa sahabat lama Noor Azam


Akhirnya dapat jugak aku jumpa si Azam.Wah hebatla kau...Pemuda Keadilan.Tapi masih cam dulu jugak.Suka berjenaka.Aku jumpa waktu turun KL.Sebenarnya malam Jumaat tu ada program pengenalan bengkel anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tapi Tuan Adam inform batal sebabnya ramai Ketua Pendaftar masih pening meeting pembangunan di Johor tamat siang tadi bekejar pulak ke KL.Jadi lepas solat Isyak aku call Azam nak datang rumah.Payah jugak nih pasal jalan malam-malam nih kurang arif sikit tambah lagi KL sekarang tak macam dulu.Bawah jalan atas pun ada jalan.Tapi berkat ada GPS aku akhirnya dapat jugak aku sampai ke rumah Azam.

Azam sekarang dah punya anak 3.Semua anak dara.Ingat Azam."Barangsiapa memiliki seorang anak perempuan dan dijaga dengan sebaik-baiknya masuk syurga".Itu hadis sahih tu.

Kami sempat ke warung sekitar taman perumahannya di taman Bukit Kuchai sambil menikmati air carrot susu campur halia panas.Berbual panjang mengimbau kenangan silam waktu di Yayasan Anda.Bercerita tentang perkembangan teman-teman lain yang masih dapat dihubungi.Cerita politik pun ada gak...nak buat cam mana.
Rasa cepat masa berlalu.Masing-masing dah ada keluarga.Sibuk la tu.Sedar-tak sedar jam dah sampai 3 pagi...lama tu...dah boleh tahajud la.

Sedih jugak la...ada rakan lama yang tak dengar berita rupanya dah lama meninggal dunia.Zulkifli Shafie aku sedekahkan al-fatihah untukmu..insyaAllah.